CPanel

Kerja Dari Rumah.com.my - Kerja Dari Rumah yang Sebenar!

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home

ARTIKEL KERJA DARI RUMAH

E-mail Cetak PDF

KerjaDariRumah.com.my ( KDR ) dengan sukacitanya sedang mencari 30 artikel terbaik yang ditulis oleh Rakan KDR ( dari kalangan yang telah mengiklankan produk dan khidmat di dalam laman web kami ). Peluang ini terbuka kepada Rakan KDR wanita sahaja. Kaum lelaki harap bersabar dahulu. Masa anda akan tiba.

Kesemua empunya artikel terbaik akan mendapat ruangan iklan khas selama seminggu di MUKADEPAN laman web KDR yang semakin popular. Nilai setiap ruangan iklan ini adalah RM500 seminggu. Paparan iklan adalah untuk 3 orang sahaja setiap minggu. Jadinya iklan anda akan mendapat pendedahan optima.

Pelawat laman web KDR adalah dari limpahan penonton rancangan popular TV1 APA KATA WANITA, dari Yahoo Groups SIM yang mempunyai hampir 40 ribu ahli serta dari puluhan Forum, FaceBook dan Blog yang mengambil sumber dari perbincangan di Yahoo Groups SIM.

Artikel anda hendaklah berkisar dengan tema, “Kami gembira bekerja di rumah kerana hasilnya dapat menampung keperluan kami.”. Sila gunakan tajuk sendiri. Jumlah perkataan maksima adalah sebanyak 600 patah perkataan di dalam 2 mukasurat sahaja. Sila gunakan paragraf ( perenggan ) supaya penulisan anda dapat dibaca dengan mudah oleh para pembaca. Ditulis dengan font Times New Roman saiz 11 dan di dalam format fail MS Words.

Artikel hendaklah ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu sahaja. Sila dapatkan nasihat daripada mana-mana pihak seperti guru-guru sekolah untuk memperbaiki penggunaan bahasa. Pihak KDR tidak akan membuat sebarang suntingan. Hanya artikel yang ditulis dengan baik sahaja akan diterima.

Kesemua 30 artikel yang terpilih akan dikumpulkan ke dalam sebuah buku berjodol “Testimoni Kerja Dari Rumah” yang akan diterbitkan. Buku ini menambah lagi pendedahan terhadap usaha KDR anda dan termaktub lebih kekal lagi. Ia akan diedarkan ke seluruh Malaysia oleh pihak Koperasi Sahabat Interaktif Berhad. Hasil penjualan akan digunakan oleh Yayasan Keusahawanan Sosial untuk pembangunan unit KDR.

Tarikh akhir untuk menghantar artikel anda adalah 15hb Julai, 2010. Emailkan kepada Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Diharap, dengan aktiviti ini, usaha KDR anda akan menjadi lebih maju dan lebih lumayan lagi. Insya' Allah.