![]() |
![]() |
![]() |
Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS) akan melancarkan gerakan kempen Kerja Dari Rumah untuk wanita yang ingin sepenuh masa bekerja dari rumah. Program ini adalah satu lagi inisiatif Yayasan Keusahawanan Sosial Malaysia (YKS) bagi mengujudkan peluang-peluang pekerjaan dari rumah. Konsep Keusahawan Sosial (Social Entrepreneurship) yang diperkenalkan oleh YKS telah banyak membantu wanita dan mereka yang tidak lagi mampu keluar untuk bekerja untuk terus menjana pendapatan. Program Kerja Dari Rumah kini menawarkan 3 bidang utama untuk diceburi. Jika anda berminat dengan salah satu dari program tersebut sila klik pada banner berkaitan untuk mendaftarkan diri anda. Anda kemudiannya akan dihubungi bagi menghadiri taklimat serta latihan intensif berkaitan bidang yang anda pilih. Pendaftaran akan ditutup pada 8 Ogos 2010.



Kami menyediakan khidmat nasihat dan juga latihan bagi anda yang ingin menceburkan diri dalam bidang pekerjaan dari rumah. Panel penasihat yang dilantik akan membuat penilaian berkaitan apakah tugas dan kerja yang sesuai dengan anda. Sekiranya anda memerlukan latihan kami akan menyediakan latihan dan kursus yang sesuai untuk anda.
Kami menyediakan sumber maklumat tentang kerja-kerja yang boleh anda lakukan dari rumah.
Kami mengujudkan jaringan dengan pihak yang menyediakan peluang pekerjaan dari rumah. Juga menjalin kerjasama bijak (smart partnership) dengan badan-badan yang menyediakan latihan serta kursus yang diperlukan bagi memantapkan lagi kerja-kerja yang akan dilakukan dari rumah.











Selamat Menyambut Kedatangan Awal Muharram & Tahun Baru 2010 


